Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kelas tuisyen mendatangkan lebih banyak kebaikan berbanding keburukan, by Nur Kautsar Kamilah SKMJ
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Nur Kautsar Kamilah SKMJ
Title:Kelas tuisyen mendatangkan lebih banyak kebaikan berbanding keburukan
2015-08-11 20:13
     Sejak akhir-akhir ini,pusat-pusat tuisyen muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid memerlukan tuisyen untuk memastikan mereka sentiasa ke hadapan dalam pelajaran.  
     Di pusat tuisyen,bilangan murid tidak ramai Keadaan ini membolehkan guru tuisyen memberikan lebih tumpuan kepada murid-murid. Cara ini mendatangkan banyak kebaikan kepada murid yang lemah.  
     Sewaktu sesi pelajaran, nota-nota sampingan disediakan. Murid-murid boleh membaca, berbincang dan menambahkan nota. Cara ini juga menjimatkan masa murid-murid. Masa selebihnya boleh digunakan untuk membuat latih tubi pula.  
     Murid-murid yang menghadiri tuisyen di pusat tuisyen berasal dari sekolah yang berbeza. Keadaan ini membolehkan mereka berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat serta nota pelajaran. Hal ini tentunya mendatangkan banyak kebaikan kepada murid-murid.  
     Sekali lagi saya ingin menekankan bahawa mengikuti kelas tuisyen mendatangkan banyak kebaikan daripada keburukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan kesempatan kepada anak-anak untuk mengikuti kelas tuisyen.        
 

Submit a comment:

Name