Welcome!

Contoh Karangan UPSR: guruku sayang, by nurul aqilah bt abdul halim
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang nurul aqilah bt abdul halim
Title:guruku sayang
2015-08-11 20:07
        Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,guru-guru dan sahabat sekalian.Saya berasa amat gembira apabila diminta untuk menyampaikan ucapan mewakili rakan-rakan yang lain sempena Hari Guru pada hari ini.  
         Sebagaimana yang kita sedia maklum,guru-guru telah banyak berkorban untuk kita.Sebagai guru,mereka banyak berkorban masa dan tenaga untuk kemudahan para pelajar di sekolah.  
         Hadirin sekalian,  
         Guru sentiasa memberikan kita tunjuk ajar yang baik.Segala ilmu yang dimiliki mereka,dicurahkan kepada kita.Mereka tidak pernah meminta balasan,tetapi mereka mengharapkan kejayaan daripada kita semua.  
            Sesungguhnya majlis seperti ini tidak mampu membalas jasa dan bakti guru-guru semua.Namun,kami berharap agar usaha kecil ini mampu menggembirakan hati guru-guru yang kami kasihi.  
             Hormatilah guru-guru kita seperti kita menghormati ibu bapa kita.Belajarlah bersugguh-sungguh untuk meraih kejayaan.Kejayaankita pasti akan menggembirakan mereka.  
                Sebelum saya mengakhiri ucapan ini,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha untuk menjayakan majlis yang istimewa ini.  
                 Sekian,terima kasih.
 

Submit a comment:

Name