Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Amalan menabung sejak kecil mendatangkan banyak faedah, by Ummi Norjannah SK Muadzam Jaya
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Ummi Norjannah SK Muadzam Jaya
Title:Amalan menabung sejak kecil mendatangkan banyak faedah
2015-08-11 20:07
    Menabung bermaksud amalan menyimpan wang untuk masa hadapan. Wang itu boleh disimpan di dalam tabung dan kemudiannya dimasukkan ke dalam bank simpanan.  
    Amalan menabung ini memang banyak faedahnya. Apabila kita menabung, pasti wang tabungan kita akan bertambah, bak kata pepatah, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit".  
    Tabiat menabung ini perlu kita mulakan sejak kecil lagi. Tabiat ini membolehkan seseorang itu merancang masa hadapan mereka dengan lebih baik. Contohnya, wang simpanan itu boleh digunakan apabila mereka mahu melanjutkan pelajaran.  
    Apabila seseorang itu bijak menabung, dia juga belajar tentang nilai kewangan. Hal ini membantunya menjadi seorang yang bukan sahaja berjimat, tetapi juga bijak wang. Dia pandai mencari jalan untuk menambahkan pendapatannya.  
    Keluarga yang sejahtera juga dapat dibina apabila lebih ramai orang bijak wang. Masalah ketidakcukupan wang yang melanda banyak keluarga juga dapat dielakkan.  
    Kesimpulannya, menabung ialah amalan yang mulia. Kita akan terhindar daripada masalah kesempitan wang sekiranya kita menabung. Amalan ini memang perlu diteruskan.
 

Submit a comment:

Name