Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cara cara berbaik dengan jiran tetangga, by nurul nazatul najwa binti yusoh SK Muadzam Jaya
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang nurul nazatul najwa binti yusoh SK Muadzam Jaya
Title:cara cara berbaik dengan jiran tetangga
2015-08-11 19:59
         Jiran tetangga ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan kita.Kita perlulah berbaik-baik dengan jiran tetangga dan menganggap mereka seperti saudara kita sendiri.  
         Kita perlu menghormati jiran tetangga kita tanpa mengira usia,kedudukan,atau latar belakang keluarga.Apabila sikap ini kita amalkan,sikap ini,maka mudahlah kita berkomunikasi dengan mereka.  
         Pada hari perayaan,kita hendaklah kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.Jika bukan hari perayaan,kita juga patut mengunjungi mereka ketika mereka sakit atau mengadakan majlis kenduri-kendara.  
         Kita juga hendaklah mengamalkan sikap rendah diri.Sikap menunjuk-nunjuk terhadap sesuatu yang kita miliki boleh menimbulkan kebencian orang lain.Nada percakapan kita juga perlu dikawal,iaitu jangan bercerita tentang perkara yang boleh dianggap meninggi diri.  
         Nama baik jiran kita juga hendaklah dijaga.Ini bermakna,jika ada perangai jiran tetangga yang kurang manis,jangan ceritakan kepada orang lain.Kita patut menceritakan perkara-perkara yang baik-baik sahaja berkenaan dengan jiran kita apabila ditanya oleh orang lain.  
         Sebenarnya,banyak lagi cara untuk memastikan hubungan kita dengan jiran tetangga terus erat.Namun begitu,kita sewajarnya berlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik kepada jiran tetangga.          
              
 

 

Submit a comment:

Name