Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Menalaah Pelajaran Kunci Kejayaan, by Khairul Nur Najihah
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Khairul Nur Najihah
Title:Menalaah Pelajaran Kunci Kejayaan
2015-08-11 19:57
     Definisi pembelajaran bukan sekadar merujuk kepada proses guru mengajar dan murid belajar sahaja. Murid-murid perlu ada kesungguhan dan ketekunan menelaah pelajaran mereka. Menelaah pelajaran pula merangkumi aktiviti mencatat nota dan membuat rujukan.  
      
     Menelaah pelajaran perlukan latih tubi yang berterusan. Latih tubi ini pula akan membangkitkan kesedaran semula sesuatu topik yang kita pelajari .Apabila berlaku penambahan ilmu, amat mudah untuk kita memahami apa-apa yang kita baca.  
      
     Faktor masa adalah antara penyebab berlakunya keciciran ilmu. Bagi mengatasi masalah pencairan dan keciciran ilmu, menelaah perlu dilakukan lebih kerap. Semakin hampir hari peperiksaan, semakin rancak proses menelaaah perlu dilakukan.  
      
     Menelaah pelajaran turut menjadi kayu ukur penentu kefahaman kita terhadap sesuatu topik pelajaran.Jika kita kurang faham, kita mesti bertanya kepada guru. Impaknya, pengetahuan kita terhadap topik tersebut akan semakin kukuh.  
      
     Namun faktor emosi perlu diambil kira ketika menelaah pelajaran. Ketenangan jiwa dan persekitaran yang sesuai akan mempengaruhi minda kita. Minada yang tenang akan memudahkan ilmu diterima di ruang pemikiran kita.  
      
     Kesimpulannya, kita dapat rumuskan bahawa menelaah adalah kunci mencapai kejayaan dalam pelajaran. Oleh itu, elok kita menyediakan jadual pelajaran sendiri di rumah bagi menelaah pelajaran secara terancang. Di samping itu, disiplin diri juga amat penting untuk merealisasikan impian mencapai hasil yang didam-idamkan.
 

Submit a comment:

Name