Welcome!

Contoh Karangan UPSR: sekalung budi, by SANGLISWARI THANGAVELU
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang SANGLISWARI THANGAVELU
Title:sekalung budi
2015-08-11 19:56
        Sekalung sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis , guru besar , ibu bapadan rakan-rakan yang dihormati sekalian . Pertamanya , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana mengadakan majlis kesyukuran ini untuk saya.  
     Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk bernafas sehingga sekarang .Seperti yang diketahui semua, saya baru sahaja pulih daripada demam denggi selama dua minggu.  
     Hadirin sekalian,  
     Saya berasa sangat terharu dengan kata-kata semangat yang dicurahkan kepada saya . saya yakin, doa dan harapan daripada anda semua telah banyak membantu saya pulih seperti sediakala.  
        saya tidak mampu membalas kebaikan semua dengan wang emas sekalipun. Saya akan berusaha dengan gigih dalam pelajaran sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga daripada saya.  
     Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan    ribuaan terima kasih kepda anda semua . Semoga Tuhan membalas budi anda semua.
 

Submit a comment:

Name