Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Angkasawan pertama negara , by Nur Kautsar Kamilah
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Nur Kautsar Kamilah
Title:Angkasawan pertama negara
2015-08-11 19:54
     Oktober 2007,Malaysia menyambut kepulangan angkasawan negara yang pertama dari angkasa lepas. Angkasawan yang dimaksudkan ialah Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor.  
     Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1972. Bapa beliau bernama Dato' Sheikh Mustapha dan ibu beliau ialah Datin Zuraida. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik.  
     Walaupun beliau terkenal sebagai angkasawan negara yang pertama, namun ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau juga ialah usahawan yang berjaya dan merupakan pemilik Restoran Rebung bersama Cef Ismail.  
     Datuk Dr.Sheikh Muszaphar memang seorang yang serba boleh. Selain merupakan seorang angkasawan dan usahawan, beliau juga merupakan seorang doktor dan model. Beliau pernah muncul dalam beberapa buah iklan di televisyen.  
     Semasa di angkasa lepas,berikutan pencatuman Soyuz TMA11 dengan ISS,Datuk Dr.Sheikh Muszaphar telah mencipta satu lagi sejarah untuk diri dan negara, iaitu menjadi rakyat Malaysia pertama bertapak di stesen angkasa.  
     Keberanian dan komitmen Datuk Dr.Sheikh Muszaphar telah menjadi pembuka minda kepada anak-anak agar meminati bidang sains seterusnya lebih banyak angkasawan dapat dilahirkan pada masa hadapan.                    
 

Submit a comment:

Name