Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Seorang usahawan terkenal di negara Malaysia, by Ummi Norjannah
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Ummi Norjannah
Title:Seorang usahawan terkenal di negara Malaysia
2015-08-11 19:48
    Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarga beliau berasal dari Hadramaut, Yemen. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik.  
    Walaupun Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi, tetapi beliau merupakan seorang yang kaya dengan ilmu hasil daripada pengalaman hidup beliau yang luas.  
    Semasa kecil, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga mereka. Hasil tanaman dijual di pasar yang terletak di Jalan Teluk Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.  
    Minat beliau dalam bidang perniagaan mendorong beliau melibatkan diri dalam pelbagai perniagaan sejak kecil lagi. Bermula dengan perniagaan lembu, perniagaan beliau terus berkembang dengan jenis perniagaan lain.  
    Beliau telah menubuhkan Yayasan al-Bukhary pada Mac 1996 untuk membantu golongan miskin. Yayasan ini telah membelanjakan lebih RM300 juta untuk tujuan tersebut.  
    Tan Sri Syed Mokhtar ialah usahawan bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 billion. Namun begitu, beliau tidak pernah meninggi diri dengan kekayaan yang dimiliki.
 

Submit a comment:

Name