Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Impian Jadi Kenyataan, by nurul_fatin@111
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor nurul_fatin@111
Title:Impian Jadi Kenyataan
2015-08-11 13:56
    Bunyi jam lonceng mengejutkan saya pada pagi itu.Saya segera bangun kerana ingin berjonging di padang bola yang berhampiran.Saya perlu memantapkan fizikal saya untuk menghadapi kejohanan olahraga  
    Saya perlu berlatih dengan lebih kerap.Lebih-lebih lagi,hari kejohanan olahraga peringkat daerah semakin hamper.Di samping itu,ibu bapa saya sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada saya.  
    Pada setiap petang,cikgu Roy akan melatih saya teknik dan cara berlari.Saya berlatih bersungguh-sungguh tanpa berasa jemu.Tambahan pula,saya tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa dan guru-guru.  
    Dalam pada itu,hari yang dinanti-nantikan sudah tiba.Saya bersemangat dan yakin dengan persediaan yang telah dilakukan.Namun demikian,saya perlu berhati-hati supaya dapat memulakan larian dengan baik.  
    Acara dimulakan.Sedas tembakan dilepaskan ke udara.Saya memulakan larian dengan penuh semangat.Justeru,saya Berjaya menamatkan larian 100 meter dengan baik.Saya menggenggam kad yang dberi oleh hakim penamat.  
     Selepas itu,saya merenung kad di genggaman.Perasaan rasa berbaur antara gembira dan terharu.Impian saya tercapai juga akhirnya .Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.
 

Submit a comment:

Name