Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ucapan kejayaann, by NOR AMMANIE SHAIEM SHAIEZA (AMMIEZA BIDIN)
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor NOR AMMANIE SHAIEM SHAIEZA (AMMIEZA BIDIN)
Title:Ucapan kejayaann
2015-08-11 13:24
     Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Guru-guru Penolong Kanan,guru-guru serta rakan yang dikasihi sekalian.Terlebih dahulu jutaan terima kasih diucapkan kerana memberi ruang untuk saya berdiri di atas pentas ini.Pada pagi yang mulia ini,saya cuba berkongsi pengalaman dan rentetan peristiwa yang membawa saya menjadi johan pertandingan pidato peringkat negeri baru-baru ini.Syukur kepada-Nya atas rahmat kurnia memperkenankan doa saya dan doa guru serta rakan sekalian.  
     Guru-guru dan rakan sekakian,  
 
     Kejayaaan ini bukan milik saya seorang sebenarnya tetapi kejayaan milik kita bersama.Oleh itu,sekali lagi ucapan terima kasih kepada    guru pembimbing,iaitu Encik Mohd Nor Aiman Bin Sugianto dan Puan Fatinatul Ainan Binti mohd Syukri yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar serta bimbingan.Ada juga segelintir rakan yang tidak menaruh keyakinan saya boleh Berjaya    tetapi pandangan mereka lebih menyemarakkan semangat juang saya untuk menyertai pertandingan ini.aspek kelemahan yang dinyatakan,saya ambil langkah positif memperbaikinya sebelum hari pertandingan berlangsung seperti penghafalan teks,intonasi suara dan penggunan gaya bahasa badan.  
     Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran sekolah yang membiayai kos pembelanjaan saya menyertai pertandingan ini yang diadakan di Pulau Langkawi.semoga kejayaan ini membuka    mata semua pihak terhadap potensi dan bakat yang dimiliki oleh murid Sekolah Kebangsaan Semenyih,Selangor tidak harus dipandang enteng dan disia-siakan begitu    sahaja.  
     Saya doakan lebih banyak bakat-bajat terpendam di sekolah ini dapat dicungkil melalui pertandingan di peringkat sekolah.  
     Sekian terima kasih.    
 

Submit a comment:

Name