Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Mencerita Pengalaman Semasa Bercuti, by Nurul Hamizah Binti Adnan / V
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurul Hamizah Binti Adnan / V
Title:Mencerita Pengalaman Semasa Bercuti
2015-08-11 13:23
                                                                     NO.36, Jalan Bunga Raya  
                                                                     Taman Intan Emas,  
                                                                     43300 Balakong,  
                                                                     Selangor Darul Ehsan.  
 
                                                                     7 Januari 2008.  
 
     Ke hadapan sahabatku Norhamdan yang diingati selalu, semoga saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.Saya dan keluarga saya di sini sihat walafiat.  
     Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2008. Apa azam saudara pada tahun ini? Isi surat saya kali ini mengandungi cerita tentang pengalaman percutian saya dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu.  
     Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa berada di sana, saya telah berkunjung ke beberapa tempat menarik. Saya berpeluang melawat Ladang Teh, Taman Ros, Taman Kaktus, Ladang Strawberi, Ladang Limau, Ladang Bunga, Kebun Sayur-Sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata.  
     Tempat yang paling menarik hati saya ialah Ladang Strawberi. Di situ saya berpeluang memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberapa bungkus buah strawberi utuk dibawa pulang. Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Highlands sangat sejuk. Saya berasa seolah -olah berada di luar Negara yang beriklim sejuk. Saya begitu gembira dapat bercuti di sana.  
     Setakat ini sahaja yang dapat saya tuis untuk tatapan saudara. Semoga dipanjangkan usia kita agar dapat berjumpa lagi. Sekian,terima kasih.  
                                                                     Sahabatmu di Selangor,  
                                                                      
                                                                     Shahidan Firdaus.
 

aiesah atiqah, (2016-04-24 00:06)
Ok......good girl!!!
 
Submit a comment:

Name