Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah -faedah Belajar di Sekolah Berasrama Penuh, by zuliana abdul razak(taehyung_95)
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor zuliana abdul razak(taehyung_95)
Title:Faedah -faedah Belajar di Sekolah Berasrama Penuh
2015-08-11 13:23
         Belajar di sekolah berasarama penuh memang menjadi idaman kebanyakan daripada kita.Hal ini kerana banyak faedah yang dapat diperoleh jika kita menuntut di sekolah berkenaan.Oleh sebab itulah,kita berusaha memperoleh kejayaann yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.  
         Salah satu faktor yang menjadi tarikan murid ialah kemudahan pembelajaran yang terdapat di sekolah itu.Antaranya termasuklah kemudahan seperti alat pandang dengar,komputer,bilik belajar dan pengangkutan.Kemudahan tersebut mewujudkan rasa selesa kepada murid untuk mengikuti pembelajaran yang disediakan.  
            Bersekolah di asrama penuh juga mewujudkan rasa persaingan yang sihat.Ini tidak menghairankan kerana murid yag terpilih adalh dalam kalangan mereka yang pandai.Persaingan ini menyebabkan keinginan untuk berjaya dalam pelajaran meluap-luap dalam jiwa mereka.  
            Apabila belajar di sekolah berasrama penuh juga,kita mudah memahami pengajaran guru.Hal ini kerana penuntut di dalam setiap kelas tidak melebihi 25 orang.Jumlah penuntut yang sedikit membolehkan guru memberikan lebih perhatian kepada setiap murid.  
            Prsekitaran yang wujud di sekolah berasrama penuh pula boleh melahirkan sikap berdikari.Apabila berjauhan daripada keluarga,murid-murid perlu pandai mengurus diri sendiri seperti membasuh pakaian,kasut dan sebagainya.Sikap tersebut dapat mewujudkan keyakinan dan kematangan diri dalam kalangan murid.  
             Demikianlah beberapa faedah belajar di sekolah berasrama penuh.Jika saya diberi peluang,saya juga ingin belajar di sekolah berasrama penuh.Saya berharap semoga saya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR kelak.
 

Anak Md Talib, (2015-08-11 13:32)
Macam ok jer ni.......
 
nurul ain natasa nordin_94, (2015-08-11 13:31)
Lena,terbaiklah karangan ko ~ ^_^
 
Submit a comment:

Name