Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aktiviti Gotong-royong Di Tempat Saya, by Nurul Fatin..
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurul Fatin..
Title:Aktiviti Gotong-royong Di Tempat Saya
2015-08-11 13:23
     Saya,bapa dan kira-kira tiga puluh orang penduduk kampong telah menyertai aktiviti gotong-royong.Gotong-royong tahun ini diadakan sempena sambutan Hari Pekerja.Selain itu,gotong-royong ini telah dirancang oleh ketua kampong kami sejak tiga bulan yang dahulu.  
     Tepat pada pukul lapan pagi,erpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah berkumpul di luar balai raya.Ada yang membawa cangkul,sabit,parang,dan pongkes.Peralatan ini digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.  
     Kami dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpulan kecil.Antara kawasan yang dibersihkan termasuklah taman permain,surau,parit dan balai raya.Kumpulan-kumpulan kecil ini memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur.  
     Pada masa yang sama,kaum ibu dan wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di pekarangan balai raya.Pelbagai jenis juadah seperti mi goring,nasi tomato dan kari ayam disediakan.Mereka bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini.  
     Pada pukul 11.45 pagi,semua kerja pembersihan telah pun selesai.Petugas-petugas telah berkumpul semula di balai raya untuk berehat dan menjamu selera.Walaupun tamapak letih tetapi semangat kerjasama,kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara semua yang terlibat menjayakan gotong-gotong.  
     Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan yang mampu menjalin ikatan silaturahim penduduk setempat.Di samping itu,penerapan nilai-nilai murni juga dapat dipraatikkan.Malahan,semangat kejiran dalam kalangan penduduk dapat diperkasakan.
 

..., (2015-09-17 19:22)
oo
 
Harisz...., (2015-08-11 13:25)
Good essay...good luck for your exam...
 
Submit a comment:

Name