Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sepasang Kasut Sukan, by Anak Md Talib
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Anak Md Talib
Title:Aku Sepasang Kasut Sukan
2015-08-11 13:22
     Namaku Adidas. Aku dibuat di sebuah kilang di Serdang. Setelah siap, aku dibawa ke Kuala Lumpur dengan sebuah van yang agak besar. Tubuhku berasa sakit kerana terpaksa berhimpit-himpit dengan kawan-kawanku yang lain.  
     Setibanya aku di Kuala Lumpur, aku dihantar ke sebuah kedai kasut di dalam sebuah pasar raya besar. Keesokan harinya, aku diletakkan dari kotak lalu diletakkan di atas rak kaca bersama-sama kawan-kawanku.  
     Tidak lama kemudian, seorang pemuda berkunjung ke kedai kasut itu. Dia membelek-belek tubuhku. Aku berasa megah kerana rupa parasku telah menarik perhatian pemuda itu.  
     Setelah puas membelek-belekku, akhirnya aku dimasukkan ke dalam kotak. Tuan baruku mengucapkan sesuatu sambil memberikan beberapa keping wang kertas berwarna merah kepada jurujual itu. Tuanku membawaku pulang ke rumahnya.  
     Setiap petang, aku dipakainya ketika bermain dengan kawannya. Aku dibasuh setelah pulang ke rumah. Aku gembira kerana tuanku sangat sayang akanku.  
     Lama-kelamaan warnaku pudar. Badanku juga semakin hodoh. Tapakku semakin haus. Akhirnya tubuhku koyak. Aku tidak dipakai lagi oleh tuanku. Aku diletakkan di atas rak kayu. Mungkinku dibuang tidak lama lagi. Kini, aku sedar bahawa kecantikanku sementara sahaja.
 

nursaidatul syafinaz bt aizul aswandi, (2015-10-19 22:42)
bolehla  

 
tarrik, (2015-09-07 22:00)
superb
 
LIM WEI LE, (2015-09-05 18:02)
Aku ialah sepasang kasut sukan yang berjenama Asadi.Aku diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti dan cantik.Aku dilahirkan di sebuah kilang yang amat besar di Shah Alam.  
Setelah siap dipersiksa,aku n kawan-kawan sejenisku dimasukkan ke dalam sebuah kotak.Selepas itu,kami dihantar ke subuah kedai kasut yang berjenama.Kedai tersebut terletak di Alor Setar,Kedah.  
Tuan kedai mepamerkan aku di atas rak kaca yang berlampu.Di sana,aku berkenal dengan pelbagai jenis pasang kasut.Setiap hari,terdapat banyak pelanggan yang datang ke kedai itu.Mereka sangat memuas hati akan kualitiku.Oleh kerana hargaku terlalu mahal,orang-orang tidak mahu membeliku.  
Pada suatu hari,seorang budak lelaki dan ibunya datang ke kedai untuk membeli sepasang kasut sukan yang baru.Tiba-tiba ,lelaki tersebut membelek-belek badanku.Dia segera mendapat aku dan mencuba.Dia sangat memuaskan.Dia dan ibunya terus membayar aku di kaunter.  
Tuanku bernama Ken Tan.Setiap hari,tuan akan memakaiku lalu bermain bola di padang bersama-sama kawan-kawannya.Kawannya selalu memuji akan kecantikan dan kekukuhan aku.Aku berasa bangga hati kerana dapat dipuji.Tuan akan mencuci aku pada setiap hujung minggu.Dia juga akan menyimpan aku dalam rak dengan berhati-hati.  
Aku berasa besar hati kerana dapat berkhidmat kepada tuan.Aku berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada tuan hingga akhir hayatku ini.
 
zuliana abdul razak(taehyung_95), (2015-08-11 13:28)
Izzudin,terbaiklah karangan kau!Bangga Ainan ^_^
 
Submit a comment:

Name