Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara membalas jasa guru, by Nur Asyiqin binti Zainuddin[SKMJ]
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Nur Asyiqin binti Zainuddin[SKMJ]
Title:Cara-cara membalas jasa guru
2015-08-11 01:26
    Guru merupakan insan yang banyak berjasa dalam kehidupan seseorang.Mereka mengajar dan mendidik anak murid dengan ilmu pengetahuan.Oleh itu,kita mestilah tahu membalas jasa    guru.  
    Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membalas jasa guru,antaranya kita perlu rajin belajar.sebagai contoh,semasa di dalam kelas,kita mestilah memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika guru mengajar.Kesannya,kita mendapat keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan.  
    Kita juga perlu mengamalkan semua nasihat guru.Sebagai contohnya,guru mahu kita bersikap berbudi bahasa.Oleh itu,apabila kita bertemu dengan guru,kita perlulah menunjukkan sikap lemah lembut.  
    Selepas itu,kita tahu menghargai jasa guru.Sebagai contoh,kita mengucapkan terima kasih atau memberi hadiah kepada guru semasa Hari Guru.justeru, guru    berasa murid-muridnya insan yang tahu mengenang budi.  
    Seterusnya,kita perlu menghargai jasa guru walaupun kita sudah meninggalkan alam persekolahan.Sekali sekala,kita patut menghubungi guru kita atau menziarahi meraka.Cara ini dapat mempererat silaturahim yang sudah lama terjalin.  
    Sebagai kesimpulannya,kita perlulah berusa menjadi murid yang tahu mengenang budi.Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa.Hal ini demikian kerana,jasa yang tertabur oleh guru kepada kita amatlah besar.
 

wahyu, (2015-09-20 13:20)
wah/besnya  

 
Submit a comment:

Name