Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Amalan membazir, by nur zahirah bt zabidi
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang nur zahirah bt zabidi
Title:Amalan membazir
2015-08-11 01:11
            Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, para hakim yang bijaksana, guru-guru serta para pelajar sekalian. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi ini ialah " Amalan Membazir".  
 
Hadirin yang dihormati sekalian,  
             perkataan membazir membawa maksud menggunakan sesuatu secara berlebihan sehingga mendatangkan kerugian kepqda kita dan masyarakat.  
            Membazir melibatkan penggunaan wang, masa, air, elektrik, dan sebagainya secara berlebihan. Jika kita terlalu boros berbelanja, banyak kesan buruk yang akan timbul. Amalan yang tidak sihat ini akan menyebabkan kita tidak dapat menyimpan wqng bagi kegunaan masa hadapan atau pada waktu kecemasan.  
            Membazir masa pula ialah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah pada waktu lapang. Masa amat berharga dan kita perlu menghargainya dengan melakukan perkara - perkara yang memberikan manfaat kepada kita.  
 
Hadirin yang dimuliakan,  
                Menggunakan air secara berlebihan pula merupakan salah satu amalan pembaziran. Air perlu digunakan dengan sebaik- sebaiknya. Pembaziran air yang berlebihan akan menyebabkan kita perlu membayar bil air yang tinggi dan hal ini tentu akan merugikan kita.  
                Salah satu sumber tenaga yang penting ialah elektrik. Kita digalakkan supaya tidak membazirkan tenaga elektrik. Bil elektrik yang tinggi juga datangnya daripada penggunaan bekalan tersebut secara berlebihan.  
              
Hadirin sekalian,  
            Oleh sebab masa tidak mengizinkan, maka saya perlu berunfur terlebih dahulu. Namun saya tetap tegas mengatakan bahawa amalan membazir merupakan amalan yang tidak sihat. Sekian, terima kasih.
 

Submit a comment:

Name