Welcome!

Contoh Karangan UPSR: keselamatan jalan raya tanggunjawab bersama, by sangliswari thangavelu
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang sangliswari thangavelu
Title:keselamatan jalan raya tanggunjawab bersama
2015-08-11 00:43
Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat. Kes kemalangan dilaporkan paling banyak pada musim perayaan .  
 
            Keadaan jalan raya yang tidak sempurna bukanlah punca utama kemalangan . Hal ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem jalan raya yang baik.  
          
         Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap sopan dan lemah lembut . Namun , sikap ini tidak diamalkan di jalan raya .  
 
         Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu dengan menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan boleh membawa padah. Sikap suka menunjuk kehebatan ketika memandu akan membahayakan pemandu lain.  
 
        Terdapat juga pemandu yang berasa kebal daripada kemalangan.Mereka memandu sesuka hati sehingga mengancam keselamatan.  
 
            Tindakan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya merupakan tanggungjawab bersama .Tiada guna jika kerajaan membina jalan raya yang sempurna tetapi sikap pengguna jalan raya masih tidak berubah.
 

Submit a comment:

Name