Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Seorang Budak Yang Nakal, by Nur Izzatul Athirah Binti Nor Asmadi
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis Nur Izzatul Athirah Binti Nor Asmadi
Title:Aku Seorang Budak Yang Nakal
2015-08-10 23:17
Aku seorang budak yang nakal.Pada suatu hari, ibu bapaku tiada di rumah.Mereka pergi ke bandar kerana ada sedikit hal yang perlu diselesaikan.Aku terasa sangat bosan.Lalu aku pergi ke rumah rakanku iaitu Farhan.Aku mengajaknya pergi ke dusun buah-buahan milik ayahku yang berdekatan dengan sebatang sungai sambil menunggang basikal.Apabila tiba disana,aku terus meletakkan basikalku di bawah dangau kayu.aku terus menarik tangan Farhan untuk pergi ke arah pokok rambutan.Tiba-tiba,aku ternampak seekor burung yang hinggap di atas dahan pokok rambutan.Aku pun melastik burung tersebut.Tanpa disangka,sasaranku tersasar lalu terkena sarang tebuan yang berhampiran.Semua tebuan yang ada di dalam sarang tersebut keluar dengan banyak.Aku terus berlari dengan sepantas yang aku boleh sehingga aku terjun kedalam sungai.Aku menyelam beberapa minit namun aku tidak boleh bertahan.Akhirnya,aku tetap disengat tebuan.Aku mengerang kesakitan .Farhan yang mendengar jeritanku terus peri ke sungai.Dia terkejut melihat keadaanku.Tanpa membuang masa,dia terus memanggil penduduk kampung yang kebetulan lalu-lalang disitu iaitu Pak Mahat.Dengan segera,mereka membawaku pergi ke hospital.Ketika aku mendapat rawatan sambil ditemani oleh Pak Mahat,Farhan menelefon ibu bapaku tentang apa yang berlaku.Malangnya,ibu dan bapaku tidak dapat pulang.Aku berasa sangat sedih.Akhirnya aku telah sembuh dan dibawa pulang oleh Pak Mahat.Aku berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu.
 

Submit a comment:

Name