Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kejadian Kemalangan Di Halaman Rumah Saya, by Arif Hakimi / Akim
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Arif Hakimi / Akim
Title:Kejadian Kemalangan Di Halaman Rumah Saya
2015-08-10 23:06
    Seperti biasa,pada hujung minggu,kami sekeluarga akan menikmati hidangan tengah hari bersama-sama.Sungguh berselera aku makan pada hari itu.Tiba tiba,aku terdengar bunyi hon diikuti dengan dentuman yang kuat.Aku dan ayah bergegas ke halaman rumah untuk melihat apa yang berlaku.  
 
Aku tergamam apabila melihat sebuah kereta berwarna hitam telah melanggar tembok pagar rumahku.Ayah segera meminta aku menghubungi pihak polis serta pasukan bomba dan penyelamat.  
 
Aku dan ayah meminta pertolongan jiran-jiran untuk membantu menyelamatkan pemandu yang malang itu.Keadaan menjadi lebih teruk apabila asap tebal mulai keluar daripada bahagian enjin kereta tersebut.Kami semua lari bertempiaran kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku.  
 
Tidak lama kemudian,pasukan bomba dan penyelamat pun sampai.Pasukan bomba dan penyelamat segera memadamkan api yang mulai marak pada enjin kereta.Setelah kebakaran itu berjaya dipadamkan,pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.  
 
Menurut pihak polis,kejadian ini berpunca daripada tayar kereta yang meletup menyebabkan pemandu malang itu tidak dapat mengawal keretanya lalu merempuh tembok pagar rumah kami.  
 
Aku sekeluarga berasa simpati terhadap nasib pemandu itu yang mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.Walaupun pagar rumah kami rosak dengan teruk,kami tetap bersyukur.Apa yang penting nyawa pemandu itu dapat diselamatkan.Kami sekeluarga diberi penghargaan oleh pihak bomba dan penyelamat serta polis kerana segera menghubungi mereka.
 

Nur Izzatul Athirah Binti Nor Asmadi, (2015-08-10 23:20)
karangan ini sangat bagus.Tahniah.
 
Arif Hakimi / Akim, (2015-08-10 23:09)
SEMOGA SEMUA PELAJAR TAHUN 6 SKMJ MENDAPAT 5A DIDALAM PEPERIKSAAN UPSR 2015.....AMIN
 
Submit a comment:

Name