Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Menyampaikan Ucapan Tahniah, by Nurul Hamizah Binti Adnan /V
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurul Hamizah Binti Adnan /V
Title:Menyampaikan Ucapan Tahniah
2015-08-10 17:58
                                                                    NO.5,Jalan Budi 1,  
                                                                    25/21A,Taman Sri Muda,      
                                                                    46000 Shah Alam,  
                                                                    Selangor Darul Ehsan.  
                                                                    19 Mei 2008.  
    Menemui sahabatku Hani Mazwi yang diingati selalu, semoga saudari    berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.  
 
Saudari,  
 
    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang saudari memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Mengarang Cerita Kanak- Kanak Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.  
    Sebernanya,kemenangan saudari sudah saya jangkakan.saya sudah membaca esei saudari dalam majalah Kuntum. Esei itu amat menarik dan jalan ceritanya juga ada diselitkan babak humor dan cemas.  
    Saya kagum akan hasil karya penulis saudari yang bertajuk Tekal Menempuh Hidup. Bergenang air mata saya tatkala membaca babak-babak yang sedih dan menyayat hati. Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam bidang penulisan ini.Saya berazam untuk mencotohi kejayaan saudari suatu hari nanti.  
    Sekira sahaja buat kaliini. Salam mesra daripada saya buat saudari sekeluarga.
 

Submit a comment:

Name