Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Banjir Melanda Kampungku, by OPPO Malaysia
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor OPPO Malaysia
Title:Banjir Melanda Kampungku
2015-08-10 17:32
                 Aku berdiri seketika di muka pintu di anjug rumahku,tika itu hujan turun mencurah-curah.Air bah sudah hampir mencecah lantai rumahku yang tingginya kira-kira tiga meter.Paras air begitu cepat meningkat, di samping aliran arus semakin deras.  
          
                 Ayah menyuruh aku memindahkan tikar dan permaidani ke atas sebuah almari.kemudian,aku dan ayahku memindahkan televisyen ke tempat yang lebih tinggi.Semua peralatan elektrik diletak di atas almari dan di atas katil bertingkat.  
 
                    Hujan lebat masih juga belum berhenti, ketika aku sibuk mengemas, terdengar bunyi bot datang. Aku menjenguk ke tingkap, aku lihat sepasukan penyelamat sudah tiba. Mereka mengarahkan aku dan keluargaku naik ke atas bot.  
 
                     Di dalam bot penyelamat sudah ada beberapa orang jiranku. Mereka masih mampu tersenyum menyambut aku dan keluargaku walaupun kampung kami dilanda banjir.  
 
                        Kami dibawa ke alai raya yang terletak sepuluh kilometer dari kampungku.Di sana aku lihat sudah ramai mangsa yang telah dipindahkan.Semasa berada di balai raya, kami menyediakan makanan dan minuman secara berotong-royong.  
 
                        Seminggu telah berlalu, banjir yang melanda kampung kami sudah surut.Kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.Setibanya di rumah, aku lihat lumpur dan sampah sarap memenuhi rumahku. Aku sekeluarga mengambil masa berhari-hari untuk membersihkannya. Aku berdoa agar bencana ini tidak akan berulang lagi.
 

Muhammad Najmuddin Bin Amir ( 45 ), (2015-08-10 17:52)
Karangan yang amat bagus  
 
TAHNIAH SAYA UCAPAKAN
 
Submit a comment:

Name