Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pusat Sumber Gedung Ilmu, by Fatin Nurshafiqah
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Fatin Nurshafiqah
Title:Pusat Sumber Gedung Ilmu
2015-08-10 17:20
     Pusat sumber terdapat di semua sekolah.Di pusat sumber terkumpul pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel,fiksyen dan sejarah.Peranan pusat sumber amat besar dalam membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.                          
     Pelbagai maklumat boleh diperolehi di pusat sumber.Murid-murid juga boleh meminjam buku-buku tertentu sebagai rujukan tambahan.Mengulang kaji pelejaran lebih selesa di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita.  
     Pusat sumber menyediakan ruang untuk sesi perbincang.Semasa perbincangan murid-murid juga dibimbing berkomunikasi secara lisan.Perbincangan adalah satu daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan.  
        Selain daripada itu,pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual.Alat bantu ini boleh dimanfaatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Peralatan yang canggih dapat membantu dan menarik minat murid-murid untuk meneroka ilmu.  
        Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini.Alat bantu mengajar seperti carta,kad imbasan,video dan slaid disimpan di pusat sumber.Bahan-bahan bantu mengajar ini dapat meempelbagai proses pengajaran dan pembelajaran.  
        Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan khazanah ilmu yang perlu didampingi.Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang.Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia kita.
 

Aiman, (2016-08-11 23:42)
Kenapa tk gune penanda wacana
 
Shafiq , (2015-08-10 17:56)
Good essay..Good luck for your exam...
 
Shafiq , (2015-08-10 17:50)
good essay..good luck for you exam..
 
Submit a comment:

Name