Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Menyertai Pertandingan Bercerita, by zuliana abdul razak(taehyung_95)
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor zuliana abdul razak(taehyung_95)
Title:Pengalaman Menyertai Pertandingan Bercerita
2015-08-10 17:17
         Saya berasa gembira kerana terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Melayu peringkat daerah.Cikgu,kawan-kawan,dan ibu bapa saya memberi sokongan dan dorongan.Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh setiap hari untuk berjaya dalam pertandingan tersebut.                                                                                                                 Pada hari pertandingan,saya berasa gementar.Tambahan pula,inilah kali pertama saya menyertai pertandingan bercerita.Cikgu Jamaliah,guru yang menemani saya sentiasa memberi sokongan dan semangat.                                                                                                                 Semasa saya naik ke atas pentas untuk menyampaikan cerita,saya mula berasa gugup.Hal ini demikian kerana saya terpaksa berhadapan dengan ramai penonton.Ratusan mata tertumpu kepada saya.Bukan mudah untuk bercakap di khalayak ramai.                                                                                                                            Namun begitu,saya menguatkan tekad dan semangat.Berbekalkan kata-kata sokongan daripada Cikgu Jamaliah,akhirnya saya dapat atasi perasaan gugup dan darah gemuruh.Saya berjaya mengawal perasaan saya sendiri.                                                                                                                        Dalam pada itu,saya dapat menyampaikan isi cerita saya dengan lancar.Sebutan dan intonasinya juga meyakinkan.Walaupun ada kalanya saya terlupa akan fakta-faktanya,namun kelemahan itu dapat saya atasi.                                                                                                                            Setelah selesai pertandingan bercerita,para peserta berdebar-debar menanti keputusan.Masa yang kami tunggu-tunggu telah tiba,debaran makin memuncak.Apabila nama saya diumumkan sebagai johan,saya terpaku kerana tidak menyangka berjaya memenangi pertandingan itu.                                                                    
 

fardiba rasmat[jimin_dk], (2015-08-11 13:32)
semoga berjaya dalam UPSR tahun ini.karangan kau memang mantap..........................
 
Fazura, (2015-08-10 17:46)
karangan yang bagus
 
Fazura, (2015-08-10 17:45)
karangan yang bagus
 
Submit a comment:

Name