Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Lawatan sambil Belajar persatuan sains dan matematik ke kilang UNITATA,hutan melintang,perak, by AMMIEZA BIDIN (SE YOUNG)
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor AMMIEZA BIDIN (SE YOUNG)
Title:Laporan Lawatan sambil Belajar persatuan sains dan matematik ke kilang UNITATA,hutan melintang,perak
2015-08-10 17:16
     Pada 8 Jun 2008,Persatuan Sains dan Matematik telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang yang menghasilkan barangan daripada minyak kelapa sawit.Kilang yang dimaksudkan ialah UNITATA yang terletak di Hutan Melintang,Perak Darul Ridzuan.  
     Di kilang itu,kami dibawa melihat tangki berisi minyak kelapa sawit yang belum diproses.Minyak ini ditapis dan dipanaskan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis minyak.Antara minyak yang dihasilkan termasuklah minyak masak dan marjerin.  
     Minyak kelapa sawit itu disalurkan ke bahagian-bahagian yang tertentu.Misalnya,minyak untuk menghasilkan marjerin disalurkan ke sebuah loji khas.Selepas itu,bahan-bahan seperti vitamin,pewarna,dan garam cecair akan dicampurkan sehingga sebati.Campuran ini akan disejukkan dan ditinkan.Dengan itu,marjerin sudah sedia untuk dipasarkan.  
     Bagi menghasilkan barangan kosmetik seperti sabun Wangi,pelembab kulit,dan pencuci muka,loji yang lain pula digunakan.Kawasan loji itu juga mengeluarkan bauan dan aroma yang harum.Kosmetik ini dipasarkan di dalam dan di dalam Negara.  
     Lawatan ini banyak memberikan manfaat kepada kami.Pada tahun hadapan,kami berharap agar dapat mengadakan lawatan ke tempat yang lain pula bagi menyahut seruan Cuti-cuti Malaysia.Bak kata pepatah,jauh berjalan,luas pandangan.  
 
Laporan disediakan oleh,  
 
muhd nor aiman  
(MUHD NOR AIMAN)  
Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik,  
Sekolah Kebangsaan Tebok Banjar,Teluk Intan.
 

, (2016-01-26 21:24)
super
 
Submit a comment:

Name