Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Komputer Riba, by Anak Md Talib
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Anak Md Talib
Title:Aku Sebuah Komputer Riba
2015-08-10 17:06
     Nama aku Lenovo. Aku ialah sebuah komputer riba. Tubuh mongel aku diperbuat daripada plastik, aluminium, besi, dan kaca. Aku dilahirkan di sebuah kilang besar yang terletak di negeri Johor.  
     Setelah diriku dilengkapi alat peranti seperti pemacu DVD, skrin monitor, papan kekunci, dan infra merah, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku dan rakan-rakan sedia untuk dipasarkan. Kami melangkah sebak meninggalkan tempat kami dilahirkan dengan menaiki sebuah lori.  
     Perjalanan dari selatan menuju ke utara itu sangat jauh dan membosankan. Akhirnya aku tiba di sebuah kedai komputer di Alor Setar, Kedah. Di sana aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakan yang lain seperti Acer, Asus, Toshiba, dan Dell. Sungguh seronok berjumpa dengan rakan-rakan baharu.  
     Baru dua hari dipamerkan, aku sudah dilamar seseorang. Daripada perbualan mereka, aku terdengar yang tuan baruku seorang guru. Tuan baruku itu membeliku dengan harga RM3,850.00 secara bayaran tunai.  
     Kini aku tinggal bersama-sama dengan tuanku di sebuah rumah banglo. Aku digunakan untuk membuat kerja-kerja sekolahnya. Hampir setiap hari aku bekerja kerana tuanku juga seorang penulis buku UPSR.  
     Masa begitu cepat berlalu. Kini sudah dua tahun setengah aku berbakti kepada tuanku. Komputer riba yang bertubuh mongel sepertiku mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, aku masih disayangi dan digunakan sepanjang masa.
 

, (2017-02-18 22:54)
Rangka??
 
Submit a comment:

Name