Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Saya Sebuah Komputer Riba, by nurul ain natasa nordin_94
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor nurul ain natasa nordin_94
Title:Saya Sebuah Komputer Riba
2015-08-10 17:06
         Nama saya Asus.Saya ialah sebuah komputer riba.Tubuh mongel saya diperbuat daripada plastik,aluminium,besi dan kaca.Saya dilahirkan di sebuah kilang besar yang terletak di negeri Johor.  
         Setelah diri saya dilengkapi alat peranti seperti    pemancu DVD,skrin monitor,papan kekunci dan infra merah,saya dimasukkan ke dalam kotak.Saya dan rakan-rakan sadia untuk dipasarkan.Kami melangkah sebak meninggalkan tempat kami dilahirkan dengan menaiki sebuah lori.  
         Perjalanan dari selatan menuju ke utara itu sangat jauh dan membosankan.Akhirnya saya tiba di sebuah kedai komputer di Alor Setar,Kedah.Di sana saya dipamerkan bersama-sama rakan yang lain seperti Acer,Toshiba dan Dell.Sungguh seronok berjumpa dengan rakan-rakan baharu.  
         Baru dua hari dipamerkan,saya sudah dilamar seseorang.Daripada perbualan mereka,saya terdengar yang tuan baru saya seorang guru.Tuan baru saya itu membeli saya dengan harga RM3,850.00 secara bayaran tunai.  
         Kini saya tinggal bersama-sama dengan tuan saya di sebuah rumah teres.Saya digunakan untuk membuat kerja-kerja sekolahnya.Hampir setiap hari saya bekerja kerana tuan saya juga seorang penulis buku kerja UPSR.  
         Masa begitu cepat berlalu.Kini sudah dua tahun setengah saya berbakti kepada tuan saya.Komputer riba yang bertubuh mongel seperti saya mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.Oleh sebab itu,saya masih disayangi dan digunakan sepanjang masa.                
 

Submit a comment:

Name