Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah -faedah Aktiviti Bersukan, by Ammieza Bidin (I.L.U.A)
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Ammieza Bidin (I.L.U.A)
Title:Faedah -faedah Aktiviti Bersukan
2015-08-10 16:47
    Bersukan merupakan salah satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita.Badan yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan.Jika kita tidak bersukan,kita akan lemah dan mudah diserang penyakit.  
    Bersukan ada beraneka jenis.Antara kegiatan sukan yang popular ialah olahraga,renang,bola sepak,berjoging,berjalan kaki,dan sebagainya.Anggota tubuh badan kita akan menjadi cergas dan kuat dengan bersukan.  
    Pada zaman siber yang semakin canggih,banyak kemudahan telah tersedia.Kemudahan ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan.Sikap ini akan memudaratkan diri kita.Badan kita akan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit.  
    Menerusi kegiatan sukan juga,kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia seperti sabra,bekerjasama,bertolak ansur,dan semangat toleransi.Malah,dengan bersukan dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita.  
    Bersukan dapat membentuk sikap mulia seseorang insan.Bersukan juga dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala yang tidak diingini seperti melepak,mencuri,dan menagih dadah.Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita terutamanya golongan muda-mudi.  
    Oleh itu,kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita.Dengan bersukan,kita akan memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera.Badan yang sihat akan melahirkan otak yang cerdas.
 

, (2016-07-13 12:18)
this was the best composition of all i've ever read.
 
FardiaRasmat_5696, (2015-08-11 13:27)
karangan kau memeng teerbaik gila...aku doakan kau Berjaya dalam UPSR tahun ini.
 
Submit a comment:

Name