Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Kereta, by Cameylia
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Cameylia
Title:Aku Sebuah Kereta
2015-08-03 22:40
Namaku glamorku Viva. Aku dilahirkan di sebuah kilang automobil yang terletak di Rawang, Selangor. Badanku diperbuat daripada kepingan-kepingan aluminium dan campuran besi. Aku diwarnakan dengan warna biru yang berkilauan.  
Aku dipasang dengan enjin, alat pendingin udara, tempat duduk, lampu, radio kaset, dan juga tayar. Bentuk badanku agak kecil dan comel. Aku adalah sebahagian daripada keluarga Perodua. Aku ialah adik bongsu kepada Kancil setakat tahun 2007.  
Sebelum dipasarkan aku dan adik-beradikku diuji terlebih dahulu. Setelah lulus ujian, kami dihantar ke semua cawangan Syarikat Perodua di dalam dan di luar negara. Aku dan kawan-kawanku dipamerkan dan seterusnya dipasarkan kepada para pelanggan.  
Pada suatu petang, seorang gadis berkunjung ke tempat aku dipamerkan. Aku tidak menyangka bahawa gadis itu telah jatuh hati kepadaku. Akhirnya, dia bersetuju untuk membeli aku. Dia tertarik dengan ciri-ciri ekonomi yang ada padaku.  
Kini aku sudah dimiliki, tuan baruku bernama Alia Maisara. Dia menggunakan aku untuk berulang-alik ke tempat kerjanya. Tuan aku menjaga aku dengan baik dan cermat. Setiap tiga bulan, aku akan dihantarnya ke bengkel kereta untuk mendapatkan rawatan dan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.  
Aku berasa bangga kerana dapat berbakti kepada manusia di kota dan juga di desa. Namaku, sudah tidak asing lagi dalam generasi kereta masa kini. Aku berharap aku akan dihargai dan disayangi oleh pemilikku sepanjang masa.
 

Fedxrdfhfvh, (2015-10-17 20:11)
Mmicvyfdfvdsxzffrdrdesegfctfcttdgdx
 
Submit a comment:

Name