Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Contoh Karangan Perbincangan (Pelajar Ponteng Sekolah), by saidatun zainuri
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak saidatun zainuri
Title:Contoh Karangan Perbincangan (Pelajar Ponteng Sekolah)
2015-08-02 15:01
 
Perbuatan ponteng sekolah merupakan salah laku yang serius oleh pelajar. Terdapat pelbagai faktor yang menarik mereka untuk terjerumus dalam gejala ini. Gejala ini mendapat perhatian pihak media, masyarakat, badan-badan bukan kerajaan, dan sebagainya. Malah, pihak polis turut turUn padang bagi membantu pihak sekolah untuk mengesan pelajar yang ponteng sekolah.  
 
                        Salah satu faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah ialah tiada motivasi diri. Selain itu, pelajar terbabit kurang mengambil berat akan kepentingan pelajaran. Mereka malas dan bosan untuk bersekolah dan menganggap persekolahan sebagai bebanan dan bukannya tanggungjawab. Dalam pada itu, golongan pelajar ini akan berusaha untuk mendapatkan geng yang akan ponteng bersama-sama dengannya. Mereka akan cuba memujuk rakan-rakan yang lain dengan pelbagai cara dan kaedah pujukan. Bagi pelajar yang goyah pendiriannya, dia akan mudah terpengaruh dengan ajakan tersebut.  
 
                        Selain itu, ibu bapa juga menjadi penyumbang kepada kegiatan ponteng sekolah anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana terdapat ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka. Kesibukan bekerja telah mengekang masa ibu bapa untuk bersama anak-anak. Kesempatan ini diambil oleh anak-anak untuk ponteng sekolah tanpa dapat dikesan oleh ibu bapa mereka.  
 
Di samping itu, sikap guru-guru dikatakan juga sebagai antara punca pelajar ponteng sekolah. Guru-guru yang mengajar secara sambilewa tanpa menitikberatkan kefahaman pelajar menyebabkan sesetengah pelajar tidak tertarik pada pelajaran yang disampaikan. Mereka berasa bosan dengan apa yang disampaikan oleh guru. Maka, ponteng sekolahlah tindakan yang diambil oleh mereka.  
 
Kini, gejala ponteng sekolah menjadi masalah yang mencabar kewibawaan sekolah. Di pihak pelajar pula, mereka seolah-olah menempah kegagalan dalam persekolahan dan masa depan mereka dengan melibatkan diri dalam gejala ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, semua pihak bertanggungjawab untuk mencari jalan keluar bagi megatasi masalah ponteng sekolah ini.
 

Laura, (2015-12-22 13:21)
Happy belated biatrdhy to Desmond!Look at his smiley face, he was very happy with mummy's cake! Tell you secretly, I won't ask my children what cakes do they want for their biatrdhy because I only know to make cheesecake, hahaha but luckily Ethan loves cheesecake! Playing fondant needs lots of time & patience! I'm so old, only know about Angry Bird but thanks to Desmond, I also get to know a little bit about Minecraft now!
 
Submit a comment:

Name