Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Aktiviti Sambutan Hari Guru , by Nazim Alif
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Nazim Alif
Title:Laporan Aktiviti Sambutan Hari Guru
2015-08-01 22:07
                                     Laporan Aktiviti Sambutan Hari Guru  
 
     Pada 20 Mei 2009 yang lalu,seperti tahun-tahun sebelumnya,Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong,Wakaf Bharu,Kelantan telah menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.Walaupun acara sambutan agak lewat beberapa hari dari tarikh sambutan peringkat Kebanggsaan,namun sambutan Hari Guru tersebut tetap meriah kerana komitmen seluruh warga sekolah.  
     Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti acara perhimpunan rasmi,acara pembacaan teks ucapan penghargaan dari Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan.  
     Pada sebelah pagi diadakan perhimpunan rasmi.Semua guru dan AJK PIBG telah bersama-sama mendengar pembacaan teks penghargaan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.Kemudian,pelajar-pelajar mendengar kelunakan suara guru-guru menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia".  
     Selesai upacara perhimpunan,semua pelajar bergerak ke padang sekolah kerana ada pertandingan sukaneka antara guru dengan pelajar.Semua pelajar terhibur dengan telatah beberapa orang guru yang menggelikan hati semasa acara memasukkan air ke dalam botol dan acara meniup belon.  
     Selepas rehat,iaitu pada pukul 11.00 pagi,acara pentas dipersembahkan oleh Badan Pengawas Sekolah.Guru-guru diraikan dengan persembahan syair,deklimasi sajak dan nyanyian bertemakan pengorbanan guru.  
     Kemudian menyusul pula acara penyampaian penghargaan daripada pelajar-pelajar.Beberapa orang pelajar telah tampil ke atas pentas untuk menyampaikan cenderahati sambil mengucapkan, "Selamat Hari Guru ".  
     Keseluruhannya,acara sambutan pada tahun ini lebih meriah dan objektif sambutan,iaitu merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru tercapai.  
 
Laporan disediakan oleh,                                                                                 "                                     25 MEI 2009                                                                      
.........................................  
(SYAFIQ BIN HASYIM)  
Setiausaha Sambutan Hari Guru,  
Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong.  
    
 

Submit a comment:

Name