Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah rumah, by Nazim Alif
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Nazim Alif
Title:aku sebuah rumah
2015-08-01 20:08
 
         Aku sebuah rumah yang dimiliki oleh seorang hartawan bernama Encik Nazrin.Lokasiku disuatu kawasan Tanah Tinggi Cameron.Aku selalu ditinggalkan kerana Enik Nazrin selalu ke luar negara kerana urusan perniagaan.Disebabkan aku selalu ditinggalkan,aku telah dibekalkan dengan pelbagai alat keselamatan yang canggih.  
        Keluasanku 40 x 70 kaki persegi.Aku dilengkapi empat buah bilik tidur dan dua bilik air yang serba moden.Keseluruhan dinding dan lantai diturap dengan jubin berwarna putih yang diimport dari Itali.  
        Aku tidak ada pintu yang berkunci.Namun begitu,sesiapa yang ingin  
masuk dan keluar dibekalkan dengan kod yang tertentu.Dengan menekan kod rahsia yang terdapat pada dinding,barulah pintu akan terbuka.Oleh itu,aku tidak mudah diceroboh oleh orang yang tidak berkenaan.  
     Diatas siling terdapat alat mengesan kebakaran.Alat ini disambungkan terus ke tangki air dan paip bomba.Jika ada asap atau api,sistem ini akan berfungsi dan sekali gus air dari tangki utama akan memancut keluar.Untuk memastikan sistem yang dibekalkan berfungsi,pemilikku akan menguji sistem tersebut sebulan sekali atau dua bulan sekali.  
     Walaupun aku sebuah rumah yang selamat didiami,jiwaku sentiasa resah kerana selalu ditinggalkan.Aku sentiasa kesunyian.Tuan aku hanya akan datang sesekali pada hujung bulan.Biasanya tuan aku akan datang bersama-sama dengan anak-anak dan isterinya untuk menginap selama beberapa hari.  
    
 

Submit a comment:

Name