Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Demam denggi, by saidatun zainuri
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak saidatun zainuri
Title: Demam denggi
2015-07-31 23:04
         Demam denggi merupakan penyakit yang berpunca daripada nyamuk aedes betina. Penyakit berjangkit ini jika tidak dirawat dengan segera boleh membawa maut. Di Malaysia, jumlah kes yang berpunca daripada penyakit denggi dilaporkan meningkat saban tahun dan telah meragat banyak nyamuk.  
 
         Faktor yang menyebabkan penyakit demam denggi ini merebak ialah melalui gigitan nyamuk aedes yang membawa kuman demam denggi. Selain itu, penyakit ini juga berpunca melalui jangkitan daripada manusia yang mempunyai kuman demam denggi di dalam badannya kepada manusia lain.  
 
         Terdapat beberapa tanda serangan pada seseorang yang dijangkiti penyakit demam denggi. Antaranya ialah, demam kuat yang mengejut dan berterusan, bintik-bintik merah pada kulit seta sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi biji mata, dan kepala.  
 
         Sekiranya seseorang itu didapati menghidap penyakit demam denggi, rawatan utama adalah mengelakkan pesakit tersebut minum air. Pesakit juga hendaklah dihantar ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut.  
 
         Sebenarnya penyakit demam denggi ini dapat dicegah sekiranya masyarakat prihatin tentang kebersihan dan kesihatan mereka. Hal ini didemikin kerana kebanyakkan kes demam denggi yang dilaporkan, berpunca dari rumah dan juga halaman rumah yang kotor.  
 
         Justeru, amalan gaya hidup bersih dan sihat mestilah dipratikkan supaya kes penyakit berbahaya ini dapat dikurangkan ke tahap minimum. kita hendalah sentiasa beringat dan berwaspada dengan kebersihan persekitaran dan kediaman kita agar tidak menjadi tempat pembiakan.
 

yolo, (2015-08-02 19:48)
btw write how many words too! thanks  

 
yolo, (2015-08-02 19:39)
hey can u like write more karangans like these next time? thanks! I will appreciate your reply!  

 
Haziq., (2015-08-01 03:35)
Ayat karangan ok tapi boleh mencapai 29/30  
J
 
Haziq., (2015-08-01 03:35)
Ayat karangan ok tapi boleh mencapai 29/30  
J
 
Submit a comment:

Name