Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pemimpin Yang Saya Kagumi, by Suraya Bt Hassan
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Suraya Bt Hassan
Title:Pemimpin Yang Saya Kagumi
2015-07-29 01:53
Pemimpin yang paling saya kagumi ialah Tun Dr.Mahathir Muhamad.Beliau ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat.Beliau ialah anak kelahiran negeri Jelapang Padi,iaitu negeri Kedah.  
Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting di dalam negara,termasuklah jawatan sebagai Menteri Pendidikan dan Menteri Dalam Negeri sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.  
Saya amat mengagumi kepimpinan dan ketokohan beliau mentadbir negara Malaysia.Di bawah pimpinan beliau,negara Malaysia telah membangun dengan pesat sekali.Beliau banyak berjasa kepada negara dan rakyat negara ini.Dalam era pemerintahan beliau,rakyat Malaysia dapat hidup aman dan makmur.Keadaan politik dan ekonomi negara kita juga stabil.  
Antara jasa beliau yang dapat kita lihat termasuklah wujudnya pusat pentadbiran negara yang baharu,iaitu Putrajaya dan Cyberjaya.Atas dorongan dan idea beliau,negara kita telah berjaya menghasilkan kereta dan motorsikal nasiaona yang menjadi kebanggan negara serta rakyat Malaysia.Dalam era pemerintaha beliau,negara telah menghasilkan dua buah mercu tanda negara iaitu Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas.  
Selain membawa kejayaan dari segi fizikal,beliau telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat negara ini melalui pelbagai projek pembangunan yang dijalankan.Oleh itu,gelaran yang diberikan kepada beliau,"Arkitek Pembangunan Malaysia Moden" tepat sekali.  
Kini,negarawan yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan yang jauh ini telah pun bersara.Namun,jasa dan sumbangan beliau terhadap negara dan rakyat negara ini amat besar.Kita haruslah mengenang jasa dan pengorbanan beliau yang tidak ternilai.  

 

Submit a comment:

Name