Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kasih Sayang Ibu, by Izzati Fatin Aqilah Ariff
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Izzati Fatin Aqilah Ariff
Title:Kasih Sayang Ibu
2015-07-26 08:23
        Pernahkah kita terfikir tentang ibu? Bagaimana kasih sayang ibu terhadap anaknya? Mampu dikira kah kasih sayang ibu terhadap anaknya?  
 
        Ibu ialah orang yang melahirkan kita. Jika diimbas kembali, ibu menahan semua kesakitan demi melahirkan kita dengan selamat kedunia. Beberapa ibu telah mengorbankan nyawanya demi anaknya lahir. Ini adalah satu kasih sayang ibu kepada kita.  
 
        Mungkin ramai yang tidak banyak luangkan masa bersama ibu mereka. Kerana    ibu mereka sibuk bekerja. Jika diimbas kembali, ketika kita masih budak yang tidak matang. Kita sentiasa meraung, menangis jika tidak dapat apa yang dimahukan. Kita tidak pernah terfikir betapa susahnya ibu mencari rezeki untuk kita.  
 
         Ibu pasti pernah memarahi anaknya, bukan? Sudah tentu. Kerana itu adalah sejenis kasih sayang ibu kepada anaknya. Ibu memarahi anaknya adalah unuk mengubah sikap buruk anaknya , bukan membenci anaknya. Ini adalah fakta anak salah sangkar terhadap ibunya. Kita pasti pernah cakap "Aku benci kau" pada ibu, bukan? Biarpun tidak terkeluar dari mulut.  
 
         Ibu ialah seoran yang tabah,sabar,kuat, dan rajin. Jika    kita tidak minta ampun kepada ibu, kita yang akan berdosa besar. Jangan sesekali mengguris hati ibu kerana , sedikit luka yang kita lakukan terhadap ibu, kita meperolehi banyak dosa.
 

Submit a comment:

Name