Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman pada cuti minggu , by Izzati Fatin Aqilah Ariff
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Izzati Fatin Aqilah Ariff
Title:Pengalaman pada cuti minggu
2015-07-26 08:11
                                                                        No.133, Jln Sibur-Sibur,  
                                                                                    Taman Desa Permai,  
                                                                                         81110,Kg.Pulai  
                                                                                                Johor Bahru  
Menemui saudariku , Nur Aleesya yang berada di Pahang, apa khabar saudari di sana? Semoga saudari dan keluarga sihat-sihat belaka. Saya di sini sihat walafiat.  
Saudari ,  
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar. Saya juga mahu memberitahu saudari tentang pengalaman yang    telah    saya memperolehi pada minggu cuti yang lalu.  
Pada minggu yang lalu , saya telah bercuti di rumah datuk. Saya sungguh gembira. Saya menyediakan barang-barang keperluan saya dengan pantas bagai lipas kudung. Kemudian, kami bergerak ke rumah datuk. Perjalanan ini mengambil masa 30 minit sahaja.  
Tiba di rumah datuk, kami menikmati hidangan yang telah disediakan oleh nenek. Pada petang itu,kami bermain layang-layang buatan datuk. Adik memilih layang-layang berbentuk burung manakala saya memilih layang-layang berbentuk bunga matahari. Kami bermain di padang yang luas yang tidak jauh dari rumah datuk. Pada malam, datuk menceritakan sebuah cerita yang menarik kepada kami sehingga kami terlelap.  
Keesokan harinya , datuk membawa kami sekeluarga ke dusunnya. Pokok-pokok di dusun datuk berbuah dengan lebat. Saya dan kakak membantu datuk mengutip buah durian yang telah gugur. Datuk dan ayah pula sibuk mengait buah rambutan yang berwarna merah seperti saga. Selepas itu , kami makan buah-buahan yang telah dikumpulkan. Adik makan beberapa ulas buah durian dengan gelojoh. Dia memang seorang yang buruk makan. Selesai makan, saya dan kakak membantu datuk membersihkan dusun. Datuk memesan kami supaya sentiasa menjaga kebersihan. Sebelum pulang, datuk dan nenek memberikan duit poket kepada kami. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada datuk dan nenek.  
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Saya berharap saudari dapat mengikut saya ke dusun datuk lain kali. Saya juga berharap saudari dapat menceritakan pengalaman saudari pada minggu cuti. Akhir kata, kirimlah salam saya kepada saudari sekeluarga.  
 
                                                                                                Yang Benar ,  
                                                                                                         Zaty
 

nurul huwaida binti halim, (2017-04-05 03:00)
hai izzati awak punya karrangan memang baik.saya suka awak punya karangan.awak punya karangan jadi kan saya banyak pengajaran kepada cikgu saya.terima kasih!!!!!
 
Bdkhensem, (2016-02-04 02:46)
Hai
 
Submit a comment:

Name