Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah membawa bekal ke sekolah, by Princess Syasya
Contoh Karangan UPSR
Name:U.K. Princess Syasya
Title:Faedah membawa bekal ke sekolah
2015-07-21 15:50
Membawa bekal ke mempunyai banyak faedah.Membawa bekal ke sekolah ialah salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Terdapat banyak faedah membawa bekal ke sekolah.  
 
Antaranya,kita tidak akan membuang masa untuk beratur.Apabila kita beratur hampir 10 minit akan berlalu begitu sahaja.Hal ini akan menyebabkan kita makan dengan cepat dan gelojoh kerana masa tinggal sedikit.  
 
Selain itu,kualiti makanan kita lebih terjamin.Apabila kita membawa bekal ke sekolah,kita akan membawa makanan yang berkhasiat.Contohnya sandwich,nasi goreng dan lain-lain lagi.  
 
Seterusnya dengan membawa bekal ke sekolah kita dapat menikmati makanan yang dimasak oleh ibu atau bapa kita.Secara tidak langsung kita akan mendapat keberkatan makanan yang kita makan itu.  
 
Disamping itu,kita juga dapat menjimatkan wang kita.Kita dapat menyimpan wang saku yang lebih dalam tabung.Kita akan dapat menggunakan wang itu.  
 
Kesimpulannya membawa bekal ke sekolah mempunyai banyak faedah.Oleh itu semua murid digalakkan membawa bekal ke sekolah.
 

MATHU, (2015-07-29 22:44)
KARANGAN YANG BAIK.  
 
 

 
Submit a comment:

Name