Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan membaca, by Tamil Selvi a/p Murugan
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Tamil Selvi a/p Murugan
Title:Kebaikan membaca
2015-07-18 16:50
 
             Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah.  
Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak  
kelebihan dan manfaat.  
 
             Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif.Bahan bacaan seperti    buku-buku ilmiah dan majalah    boleh merangsang pemikiran kita.Oleh itu,      
pemikiran kita sentiasa kretif,kritis dan mempunyai wawasan.  
 
             Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan pembendaraan kata.Misalnya,kita boleh membaca buku cerita,novel dan majalah.Perbendaraan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.  
 
             Di samping itu, amalan suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya,jika kita    suka membaca buku-buku tentang sains dan sejarah yang boleh kita dapati di perpustakaan.Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah    boleh ditingkatkan dan sekali membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.  
 
            Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah.Membaca buku-buku pelajaran,majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton      
televisyen sahaja.Oleh itu,masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.  
 
            Kesimpulannya,tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan.Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata "MEMBACA JAMBATAN ILMU"  
                
 

BAMD, (2016-04-02 19:58)
Sgjjsvmt
 
Submit a comment:

Name