Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan gotong-royong, by Tamil Selvi a/p Murugan
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Tamil Selvi a/p Murugan
Title:Kebaikan gotong-royong
2015-07-18 02:34
              
             Gotong-royong merupakan aktiviti yang boleh    mewujudkan kerjasama.Akitiviti ini semakin kurang diberi perhatian terutama di bandar-bandar besar.Pelbagai usaha dijalankan supaya aktiviti gotong-royong menjadi agenda utama dalam masyarakat kita.  
 
             Kita boleh melakukan akitiviti tersebut disekolah,pejabat,taman perumahan dan sebagainya.Gotong-royong memberi kebaikan kepada kita. Antaranya dapat memupuk    semangat bekerjasama dalam masyarakat.Hal ini kerana akitiviti gotong-royong melibatkan ramai orang. Keadaan ini sudah tentu dapat mengeratkan hubungan silaturahim.  
              
             Kebaikan bergotong-royong juga dapat mewujudkan persekitaran yang bersih. Ini bermakna penduduk di sesuatu kawasan akan bebas daripada penyakit.Mereka dapat hidup sihat.Persekitaran yang bersih sudah menjamin kesejahteraan hidup.  
 
             Kebaikan bergotong-royong yang seterusnya ialah kita dapat menjimatkan masa.Hal ini kerana jika sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai,kerja dapat di selesaikan dalam waktu yang singkat.Sudah tentulah akitiviti ini dapat menjimatkan masa  
 
             Selain itu,aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran mampu menghindarkan diri daripada penyakit-penyakit berbahaya yang boleh membawa maut,misalnya demam denggi.Sebagai mana yang kita ketahui wabak ini berpunca daripada pembiakan nyamuk aedas dalam air yang bertakung. Apabila kerja-kerja pembersihan longkang yang tersumbat dilakukan sudah pasti sarang pembiakan-pembiakan nyamuk aedas dapat dihapuskan.  
 
             Kebaikan bergotong-royong juga menjadikan kawasan rumah atau sekolah kita bersih.Sebagai murid,kita dapat melakukan pelbagai akitiviti dengan selasa dan ceria. Kita juga boleh belajar dalam suasana yang kondusif dan mampu menimba ilmu pengetahuan dengan baik.  
                
 

Im search in tamil, (2019-06-18 01:30)
Kamu gila ke?  
 

 
Submit a comment:

Name