Welcome!

Contoh Karangan UPSR: PENGALAMAN CUTI DI KAMPUNG, by CLARREN LEO
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak CLARREN LEO
Title:PENGALAMAN CUTI DI KAMPUNG
2015-07-16 20:53
 
 
 
         Cuti sekolah telah bermula.Aku bersama keluarga bercuti di kampung untuk berjumpa dengan datuk dan nenek kami.Dalam perjalanan ke kampung aku tidak sabar untuk berjumpa dengan datuk dan nenek kami.  
 
         Apabila kami sudah tiba di rumah datuk dan nenek,saya terus keluar dari kereta dan bersalam dengan datuk dan nenek kami.Selepas bersalam,aku memberikan buah tangan kepada datuk dan nenek iaitu lima biji buah durian yang dibeli oleh ayah saya.  
 
         Aktiviti yang dilakukan oleh saya dan keluarga saya ialah memancing di tepi kolam yang berada di belakang rumah datuk saya.Apabila kami memancing,aku telah dapat menangkap seekor ikan yang besar iaitu ikan keli.Pada waktu malam saya tidur bersama keluarga saya di ruang tamu .Apabila saya tidur,saya berasa sangat sejuk kerana ada angin bertiup dan angin tersebut masuk ke dalam rumah dan menyebabkan saya sejuk.  
 
         Pada hari keesokkannya,saya dan keluarga saya mengikut datuk kami ke dusunnya.Jarak dari rumahnya ke dusunnya ialah dua kilometer.Apabila kami berada di dusunnya,aku melihat pelbagai jenis buah yang terdapat di dusunnya seperti rambutan,langsat,durian,pisang dan sebagainya.  
 
         Kami sekeluarga mengumpul buah durian yang telah gugur.Kami tidak mengunpul buah rambutan dan langsat kerana dua jenis buah ini tidak boleh gugur daripada pokok dan ia hanya boleh dipetik.Selepas kami mengumpul buah kami pulang ke rumah datuk dan nenek.Selepas sampai saya terus mandi dan berehat kerana sangat keletihan.  
 
         Waktu cuti sudah hampir tamat.Tiba masanya untuk kami pulang ke rumah kami.Saya berpeluk dengan datuk dan nenek sebelum kami pulang.Saya berasa sangat sedih kerana rasa ingin tinggal dengan nenek dan datuk.Tetapi saya bersabar kerana pelajaran lebih penting.Kami boleh pulang ke kampung pada waktu cuti yang akan datang.  
 
 
NICE TO READ:FOR ALL PEOPLE    
 

Submit a comment:

Name