Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ibu bapa aku mangsa kemalangan, by Sharifah Nor Ernisya Binti Syed Sapawee
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Sharifah Nor Ernisya Binti Syed Sapawee
Title:Ibu bapa aku mangsa kemalangan
2015-07-10 01:17
Ketika aku sedang belajar di dalam kelas,tiba-tiba namaku dipanggil oleh Cikgu Azizah.Aku diminta segera ke bilik guru besar.Aku pun terus menuju ke bilik guru besar.Aku mula berasa gementar.Aku mula berfikir yang bukan-bukan.  
 
Aku menjejak langkah ke bilik guru besar.Guru besar mempersi-lakan aku duduk di atas kerusi.Aku berasa lebih gementar.  
 
Beberapa minit kemudian,guru besar memberitahu bahawa ibu bapa aku telah menjadi mangsa kemalangan di lebuh raya.Guru besar meminta supaya aku bersabar.Muka aku mula berubah.Aku berdoa agar ibu bapa aku dapat diselamatkan.  
 
Aku mula menenangkan diri.Guru besar bersipati akan diriku.Ibu bapa aku dimasukkan ke dalam wad di Hospital Seberang Jaya.Guru besar segera mengarahkan aku supaya mengemas beg.Aku segera menuju ke bilik darjah.Guru besar membawa aku berjumpa dengan ibu bapa aku.  
 
Setibanya kami di hospital,kami mencari wad ibu bapa aku.Apa-bila sudah menjumpai wad tersebut,aku bersyukur kerana ibu bapa aku dapat diselamatkan.Ibu aku cedera di bahagian tangan kanan manakala bapa aku cedera pada kaki kiri.  
 
Setelah lima hari ibu bapa aku ditahan di wad,doktor membena-rkan ibu bapa aku pulang ke rumah.Doktor menasihatkan ibu bapa aku supaya berehat secukupnya.Aku bersyukur kerana ibu bapa aku masih hidup.Aku berjanji akan menjaga mereka sebaiknya kerana aku tidak mahu kehilangan mereka.  
 

 

Submit a comment:

Name