Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Bagai Kacang Lupakan Kulit, by Amira Adilah
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Amira Adilah
Title:Bagai Kacang Lupakan Kulit
2015-07-06 02:47
    Peribahasa merupakan kelompok kata yang mempunyai maksud yang tersendiri dan digunakan sejak zaman dahulu lagi . Salah satu peribahasa yang popular ialah "bagai kacang lupakan kulit" . Peribahasa ini bermaksud seseorang yang melupakan orang yang pernah berjasa kepadanya .  
 
    Sha ialah anak yatim piatu . Dia telah kehilangan kedua-dua orang tuanya dalam satu nahas jalan raya . Pada waktu itu , Sha masih kecil lagi . Pakcik dan makciknya telah mengambilnya sebagai anak angkat mereka .  
 
    Walaupun hidup mereka kais pagi makan pagi , kais petang makan petang , namun mereka berusaha untuk menyekolahkan Sha . Mereka terpaksa bersusah - payah menyediakan segala keperluan Sha di sekolah .  
 
    Kerajinan serta kecekapan Sha telah membuahkan hasil . Dia telah berjaya melanjutkan pelajaranya ke menara gading . Setelah mendapat ijazah, dia memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara .  
 
    Dua tahun berlalu , dia kembali ke tanah airnya . Dia telah mendapat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di sebuah syarikat besar . Semenjak itu , Sha berasa segan untuk mendedahkan asal-usulnya dan bersikap sombong . Dia juga tidak melawat keluarga angkatnya yan telah tua dan tenat di kampung . Dia tidak mengenang jasa dan tiik peluh mereka kepadanya .  
 
    Sikap Sha yang "bagai kacang lupakan kulit" ini amat memilukan hati ibubapa angkatnya itu . Kita tudak harus berbersikap sedemikian kerana kita dianggap sebagai penderhaka .
 

azizi, (2016-07-09 22:32)
bolehlah...
 
sarmmila rajen, (2016-07-08 22:11)
saya suka karangan ni.amat berguna...
 
cikgu kelana, (2016-02-03 04:15)
simple tapi sangat bagus dan sangat berguna
 
TIVYAA VIJAYAN, (2015-07-22 23:54)
Bagus.Saya ska ini..
 
TIVYAA VIJAYAN, (2015-07-22 23:52)
Bagus.Saya ska ini..
 
sha, (2015-07-07 18:07)
sye bkn ank ytm
 
Submit a comment:

Name