Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebaikan belajar secara berkumpulan, by kartina karim
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor kartina karim
Title:kebaikan belajar secara berkumpulan
2015-07-05 21:00
Terdapat banyak cara untuk belajar.Sebagai pelajar kita boleh belajar sendiri atau belajar secara berkumpulan.Belajar berkumpulan sebernanya mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.  
 
Apabila kita belajar secara berkumpulan,kita dapat bertanya tentang pelajaran yang kita tidak fahami.Kata pepatah "malu bertanya sesat jalan".Oleh itu,segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat diatasi serta-merta dengan bantuan kawan-kawan kita.  
 
Kita juga dapat memahami sesuatu perkara jika kita belajar secara berkumpulan.Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikan penerangan yang jelas.Sebaliknya,apabila kawan kita tidak memahami sesuatu perkara,kita boleh membantunya dengan memberikan penerangan yang dimintanya.  
 
Di samping itu,kita tidak akan berasa jemu atau mengantuk.Pembelajaran secara berkumpulan yang diselang_selikan dengan pebualan dan gurauan tentunya akan menjadi lebih menarik.Oleh itu,kita juga akan lebih bermotivasi untuk belajar.  
 
Kita juga boleh bertukar-tukar atau pendapat dengan kawan-kawan kita.Dengan ini,ilmu pengetahuan kita akan bertambah dari semasa ke semasa.Perhubungan kita dengan kawan-kawan kita akan menjadi lebih erat.  
 
Kesimpulannya,belajar secara berkumpulan memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita.Oleh itu,amalkanlah belajar secara berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.
 

Submit a comment:

Name