Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pengalaman prkhemahan permainan..., by nurin nabilah
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan nurin nabilah
Title:pengalaman prkhemahan permainan...
2015-07-04 18:57
         Pada cuti semesta yang lalu,Sekolah Kebangsaan Dusun Tua telah mengadakan perkhemahan sambil belajar di suatu tempat yang sungguh istimewa selama dua hari satu malam.Terdapat 16 orang guru yang ditugaskan untuk mengawasi kami.  
 
         Semasa hari pertama yang sungguh indah,kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan,setiap kumpulan perlu ada 3 orang sebelum mengadakan pelbagai acara- acara yang menarik,salah satu daripadanya ialah mengambil loceng yang terdapat didalam poket kecil dibahagian belakang pada badan guru cekap yang telah disediakan bagi setiap kumpulan.Sekiranya kami tidak dapat melaksanakannya,maka kami akan dihukumkan dengan sesuatu perkara yang sungguh kejam iaitu kami akan diikat pada batang pokok dan tidak dapat makan sepanjang hari.  
 
         Sebelum memulakan acara tersebut, kami dibebaskan untuk bermundar-mandir di kawasan tersebut,setelah beberapa jam yang lalu,sebuah permainan pun bermula,setiap kumpulan pun terus bergerak,lalu suasana pun terus berubah menjadi sunyi sepi kerana tinggal sekumpulan kami sahaja yang tinggal.  
 
         Semasa permainan sedang dijalankan,kami perlu membuat nama gelaran diri sendiri bagi kumpulan kami saya digelar sebagai sara manakala sepasukan saya pula digelar sebagai abang dan angah.Abang ni seorang yang suka mementingkan diri sendiri manakala angah ini adalah seorang yang suka bekerjasama.  
 
         Semasa kami sedang menyembunyikan diri di belakang semak,kami mendapati bahawa kami telah mendapat guru yang bernama cikgu Sato.Kami melihat cikgu Sato sedang lalai membaca buku,kami pun terus membuat rancangan untuk mengambil loceng tersebut dengan cara yang mudah karana kelalaian cikgu Sato.  
      
            Setelah selesai membuat rancangan,kami pun terus bergerak mengikut rancangan yang telah dirancang tetapi abang sahaja yang mengikut andaiannya sendiri tanpa membuat sesuatu keputusan.Disebabkan kerana abang kami punya rancangan pun menjadi gagal.Abang terus pergi kebelakang cikgu Sato dan telah mengambil loceng yang palsu .Rupa-rupanya abang telah tertipu oleh cikgu Sato.Jadi kumpulan kami pun telah gagal melaksanakan tugasan tersebut. Maka kami terpaksa dihukumkan dengan hukuman tersebut.Permainan mengambil loceng itu adalah satu permainan yang perlu bekerjasama antara satu sama lain.
 

wan shasha hafiqah, (2016-05-31 20:13)
bolehtak kalau awak buat game karangan
 
Submit a comment:

Name