Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pengalaman Program Kecemerlangan UPSR anjuran pihak sekolah., by nur fatihah fatin
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor nur fatihah fatin
Title:pengalaman Program Kecemerlangan UPSR anjuran pihak sekolah.
2015-07-03 18:23
     Aku telah berpeluang mengikuti Program Kecemerlangan UPSR anjuran pihak sekolah.Beberapa orang murid yang menyertai dikehendaki membawa buku catatan dan alat tulis.  
 
     Antara pengalaman yang aku dapati daripada program ini ialah aku mendapat ilmu yang banyak.Seperti,terdapat teknik menjawab soalan UPSR Matematik,Bahasa melayu,Bahasa inggeris dan Sains.Dengan itu,aku berasa lebih bersedia untuk menghadapi UPSR pada tahun ini.  
 
     Selain itu,masaku diisi dengan perkara yng berfaedah.Contohnya,mengulangkaji pelajaran,membuat latihan dan kuiz.Dengan cara-cara tersebut,aku dapat menghargaimasa bersama rakan-rakan aku.  
 
    Seterusnya,aku dapat beramah mesra bersama guru-guru dan rakan-rakan aku.Umpama,belajar bersama-sama dan berkongsi ilmu.Daripada aktiviti-aktiviti tersebut,ia dapat mengeratkan hubungan sillaturahim antara aku dengan guru-guru dan rakan-rakan aku.  
 
    Di samping itu,kita harus menjaga tingkah laku dan tutur kata terhadap guru-guru rakan-rakan.Seperti,menepati waktu yang telah ditetapkan oleh mereka dan menjaga kebersihan.Dengan aktiviti-aktiviti tersebut,aku dapat mendisiplinkan diri aku di mana-mana sahaja.  
 
    Akhirnya,pengalaman yang aku dapati daripada Program Kecemerlangan UPSR akan aku kongsi bersama rakan-rakan dan keluarga aku.Aku akan membawa pulang beberapa buah tangan untuk keluarga tersayang.  
    
 

fatihah, (2015-07-08 01:11)
di samping itu kita harus
 
nur fatihah fatin , (2015-07-03 18:30)
hebat nyer..  

 
Submit a comment:

Name