Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Merupakan Seekor Kucing , by Jane
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Jane
Title:Aku Merupakan Seekor Kucing
2015-07-02 19:40
            Aku merupakan seekor kucing.  
Baka aku ialah British Short Hair.Aku dijual di sebuah kedai haiwan. Aku dijual dengan harga RM1,200 kerana aku adalah sejenis kucing yang berharga.  
            Aku telah berpisah dengan ibuku  
dan adik-beradik ku yang lain sejak aku berusia 6 bulan.Tuanku sebelum ini tidak mampu untuk menjaga bilangan kucing yang banyak lalu beliau telah menjualku.  
            Pada suatu hari,ada seorang wanita  
usia lingkungan 30-an bersama suaminya datang ke kedai haiwan dimana aku dijual.Ia ingin membeli seekor kucing untuk dibuat peneman di rumah.  
            Wanita itu dan suaminya melihat  
kucing-kucing yang ada.Wanita itu hampir berputus asa kerana tiada kucing yang menawan hatinya.  
            Apabila wanita itu ingin keluar  
dari kedai,dia ternampak aku lalu dia datang ke tempat aku.Aku telah menawan hati wanita itu.Lalu,aku telah dibeli olehnya.  
            Selepas aku dibayar,aku dibawa  
pulang ke rumah tuan baharu aku.Aku gembira kerana ada orang yang ingin membeliku.Aku berharap agar aku akan disayangi dengan penuh kasih sayang oleh tuan baharuku.  

 

Lasani, (2015-07-16 00:54)
Ok
 
Submit a comment:

Name