Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Guru yang Saya Sayangi, by Jane
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Jane
Title:Guru yang Saya Sayangi
2015-07-02 19:10
     Guru merupakan insan yang paling  
penting dalam hidup seorang murid.Kejayaan yang telah diperolehi setiap orang bermulanya daripada didikan seorang guru.Tanpa didikan ilmu seorang guru,kejayaan mungkin tidak akan akan tercapai.  
     Selain itu,setiap orang juga  
pasti mempunyai guru yang mereka sayangi.Begitu juga dengan saya.Saya mempunyai guru yang saya sayangi.Iaitu cikgu Nurikah.  
     Cikgu Nurikah merupakan guru  
mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga merupakan seorang guru penyelaras tahun enam bagi tahun 2015. Sebagai seorang guru penyelaras tahun enam,beliau bertanggungjawab untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi murid-murid tahun enam.  
     Beliau telah berkhidmat sebagai  
guru selama 18 tahun. Pada tahun 1997, beliau mengajar di sebuah sekolah pendalaman selama 6 tahun dan telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Sri Gaya pada tahun 2003 sehingga sekarang beliau masih mengajar di sini.  
        Cikgu Nurikah adalah seorang  
yang rajin dan senriasa mengambil berat  
Tentang mata pelajaran kami dan beliau juga sering menasihati kami untuk tekun belajar agar memperolehi 5A dalam UPSR yang bakal tiba tak lama lagi.  
        Saya sangat sayang akan Cikgu  
Nurikah kerana prihatin terhadap anak muridnya terutama muridnya yang lemah.Saya berharap agar saya dapat berjaya dalam UPSR agar ilmu yang diberikan olehnya selama ini tidak sia-sia.
 

Submit a comment:

Name