Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah belajar secara berkumpulan, by Ahmad syaffi
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Ahmad syaffi
Title:Faedah belajar secara berkumpulan
2015-06-29 23:51
Belajar merupakan satu proses yang penting untuk menjadi murid cemerlang.    Terdapat pelbagai cara untuk kita belajar iaitu secara berkumpulan ataupun secara berseorangan sahaja.  
                      
    Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika dibandingkan denan belajar berseorangan. Penerangan dan perbincangan dengan kawan-kawan akan membuat kita lebih mudah mengingati apa yang dipelajari. Kesannya, sesuatu pelajaran itu akan sentiasa kekal di dalam minda kita.  
 
    Belajar secara berkumpula juga tidak membosankan .Perbincangan yang dibuat akan menjadikan kita lebih bersemangat dan berminat untuk belajar. Ini kerana suasana pembelajaran tidak kaku dan kita boleh bercakap untuk menyuarakan pendapat.  
 
Kita juga akan memperoleh maklumat yang lebih banyak dan mendalam kerana rakan-rakan dalam kumpulan tersebut membaca buku rujukan yang berlainan tentang tajuk yang dibincangkan. Dengan ini semua maklumat tersebut dapat dikongsi bersama. Kesannya, sesuatu tajuk itu akan dapat difahami dengan lebih mendalam.  
 
Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan lebih banyak membantu murid-murid memahami sesuatu tajuk dengan berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Oleh itu, murid-murid boleh memilih kaedah pembelajaran yang bersesuaian untuk mencapai kecemerlangan.
 

, (2015-08-01 14:05)
perbaiki ejaan anda :)
 
THIVYA PARATHY, (2015-06-30 15:46)
KARANGAN INI SANGAT BAGUS.SAYA SUKA KARANGAN INI.  

 
Mdm. Sumadi, (2015-06-30 12:41)
ssssssssssssssssssaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaappppppppppppppppppsss*- ssssssssaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaappppppppppppppppppppppppssssss*- ssssssssssssssssssssssssssssssaaaaaaaaaaaaaaaappppppppppppss*- ssaaaaaaaaaaaaaapppppppppppppppsssssssssssssssssssssssssaaaa*- aaaaaaaaaaaappppppppppppppppppppppppppppppppssssssssssssssss*- sssssssssssssss
 
Ahmad syaffi, (2015-06-29 23:58)
Tolong Baca Ok? :D  
 
Jadilah Murid Cermelang. :D
 
Ahmad syaffi, (2015-06-29 23:58)
Tolong baca ok ? :D
 
Submit a comment:

Name