Welcome!

Contoh Karangan UPSR: SAYA SEPOHON POKOK RAMBUTAN, by NUR ADRINA BINTI ROSDHI
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak NUR ADRINA BINTI ROSDHI
Title:SAYA SEPOHON POKOK RAMBUTAN
2015-06-27 20:15
        Saya sepohon pokok rambutan yang rendang.Saya berasal daripada biji benih yang baik.Tuan saya menanam saya di dusunnya yang luas.  
 
        Setiap enam bulan,tuan saya akan membubuh Baja di sekeliling badan saya supaya saya dapat hidup subur.Tuan saya juga memagar saya supaya tidak ada haiwan yang merosakkan saya.Tuan saya sentiasa menjaga saya dengan baik dan teratur.  
 
         Selepas beberapa tahun,saya pun mula mengeluarkan bunga.Bunga-bunga mekar dan menjadi buah rambutan.Kini,buah yang lebat menyebabkan ranting saya melurut ke tanah.  
 
        Apabila sudah masak,kulit buah saya akan menjadi merah.Tuan saya akan mengait buah-buah saya untuk dijual.Dia menjual buah-buah saya di pasar malam yang terletak tidak jauh dari rumahnya.  
 
        Tuan saya sentiasa mendapat keuntungan yang banyak.Saya berasa gembira kerana dapat berbakti kepada tuan saya.Saya berharap tuan saya akan terus mendapat hasil yang banyak daripada saya.  
        
 

Submit a comment:

Name