Welcome!

Contoh Karangan UPSR: KEPENTINGAN ALAM SEKITAR, by AINUR NAJWA BT ZULKIFLI
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak AINUR NAJWA BT ZULKIFLI
Title:KEPENTINGAN ALAM SEKITAR
2015-06-26 16:07
             Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,yang berusaha guru Bahasa Malaysia,Cikgu Rahim,guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya berasa sungguh bertuah dan gembira kerana dapat menyampaikan syarahan tentang kepentingan alam sekitar.                          
 
Rakan sekalian,  
             Sayangilah alam sekitar yang menghijau di sekeliling kita kerana alam ini merupakan rahmat yang diberikan oleh Tuhan kepada kita di muka bumi ini.Alam sekitar ini mengandungi pelbagai khazanah rimba yang terdiri daripada flora dan fauna.  
 
            Kita haruslah bersyukur kepada Allah kerana memberi alam sekitar yang indah ini.Allah mengurniakan kawasan berpantai,tanah tinggi,pergunungan,hutan simpan    dan pulau.Keindahan alam sekitar ini telah menjadi daya tarikan pelancongan di negara kita.  
 
Hadirin sekalian,  
            Hidupan liar dan serangga memerlukan kawasan hutan tebal untuk membiak.Hutan semulajadi juga menjadi habitat bagi flora seperti bunga-bungaan,paku-pakis,tumbuhan menjalar dan sebagainya.Justeru,kita seharusnya mengekalkan warisan ini agar generasi akan datang dapat mengenalinya.  
 
Rakan yang dikasihi,  
            Alam sekitar ini sebenarnya berkait rapat dengan kehidupan manusia.Oleh sebab itu,usaha untuk mengekalkan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.Alam dan manusia saling berkaitan untuk kepentingan kehidupan masing-masing.  
 
            Sebelum saya akhiri syarahan ini,saya menyeru kepada hadirin sekalian agar sama-sama menjaga alam sekitar ini supaya sentiasa terpelihara sepanjang masa.Sekian,terima kasih.
 

Bagus 😎😎😎😎, (2017-02-10 01:53)

 
dayang dayana, (2015-06-28 14:18)
karangan yang bagus  

 
Submit a comment:

Name