Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Televisyen, by Idyana Fatnin
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Idyana Fatnin
Title:Aku Sebuah Televisyen
2015-06-26 16:04
        Aku sebuah televisyen.Nama aku Toshiba.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam.Aku diperbuat daripada logam.Aku berbentuk leper.Aku dicipta untuk menghiburkan manusia.                      
            Setelah aku dipasang dan diuji,aku diletakkan di sebuah kotak dan dibawa menggunakan lori.Aku dan rakan-rakanku dihantar di seluruh kedai televisyen di Malaysia.Aku dihantar di sebuah kedai di Bandar Shah Alam.                                                  
        Ramai pengunjung melihatku dan memujiku.Salah satu daripada pengunjung itu memegangku dan terpesona dengan bentukku.Aku terasa sangat diminati oleh ramai pengunjung.          
        Keesokkan harinya,sepasang suami isteri melihatku dengan terpesona.Mereka berbincang dengan seorang peniaga.Setelah berbincang,peniaga itu mengambilku dan meletakkan di sebuah kotak.Perasaanku sangat gembira kerana aku mendapat tuan yang baru.Aku berharap agar tuan aku menjagaku dengan baik.      
        Mereka membawaku ke rumah mereka.Tuanku megambilku dari kotak dan meletakkan di meja yang besar.Setiap pagi,sepasang suami isteri selalu menonton di skrin yang aku paparkan.Tuanku menonton televisyen walaupun cuaca hujan.      
         Pada suatu hari,hujan turun dengan lebat tetapi tuanku masih menonton televisyen.Aku sangat sedih kerana mereka kurang menjaga keselamatanku.Kebimbanganku itu berlaku juga.Aku terpadam kerana kilat yang kuat.Kerosakanku amat teruk dan tidak dapat membaikku.Aku rasa sangat sedih.
 

Submit a comment:

Name